BeRapa Ramai Lelaki Spt Kisah INI?????

KeiKlAsAn HaTi Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang menghabiskan masanya diperpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita sehingga suatu hari dia terjumpa sebuah novel yang ada bertulis nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tulia disitu, “Catrina…kesepian memerlukan seorang sahabat”. Teragak hati jejaka untuk menulis surat kepada si gadis itu. Setelah pulang kerumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat untuk berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan dari gadis itu bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan jejaka itu. Hari bertukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu masing-masing masih belum bertemu. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-duanya belum bertemu muka masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati. Sehingga suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka amat susah hati dia takut sekiranya dia tak akan munkin bertemu dengan si gadis itu. Maka diutuskannya surat yang berbunyi…”kalau tuhan panjangkan jodoh kita dan kamu masih mahu sayang pada ku, kita berjumpa di stesen keretapi di bandar kamu pada hari perang di umumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tentera ku dan membawa sekuntum mawar merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya juga kamu memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkan aku untuk membawa mu makan malamdan bertemu orang tua ku”. Maka pergi lah jejaka itu ke medan perang setelah mengutus surat itu….beberapa bulan kemudian…pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi tempat si gadis itu tinggal sambil memegang mawar merah di tangan. Di lihatnya seorang demi seoran gadis yang lalu sekiranya ada yang memegang bunga. Tiba-tiba….dia termanpak seorang gadis yang agak berisi sambil duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling, kakinya kudung dan tangan nya cacat sebelah……sebelah lagi tangan nya meegang sekuntum bunga mawar merah…si jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri gadis itu. “Catrina”? Gadis itu melihat si jejaka lalu tersenyum. Si jejaka terus menghulurkan sekuntum mawar merah kepada gadis itu dan bekata “aku amat merindui mu…terimalah bunga ini dan pelawaan ku makan malam, orang tua ku tidak sabar untuk bertemu dengan mu.” Sambil kemudian mencium tangan nya…Si gadis itu terus bersuara…”aku tidak tahu apa yang terjadi. Tapi ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepada ku sebentar tadi. Dia menyuruh ku memberitahu kamu bahawa dia sedang menuggu kamu di sebuah restoran di stesen keretapi itu sekiranya kamu mempelawa ku makan malam dan bertemu orang tua mu….” Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat pada hati bukan pada rupa…dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walau pun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina….sesungguhnya manusia harus berfikiran seperti dia….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s