TeNtaNg diri Sue

Alhmdulillah…syukur pada Illahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya,sue
sempat mencoretkan sedikit nukilan dalam blog nie..x Lupe kpda junjungan Nabi s.a.w
dan para anbiya sklian…kpda emak dn ayh terma kasih diatas segala didikan &
pgrbanan klian…x lpe kpda rkn2 sklian,trma ksh ats sOkOngn yg dbrikan..semoge
ukhwah yg terbina terus berkekalan

Mengimbau kenangan,suka duka perjalanan kehidupan yang penuh warna

Aku yang selalu inginkan yang TERBAIK, aku yang selalu ingin CEPAT, aku yang selalu ingin TERATUR dan TERSUSUN, aku yang mahukan yang SISTEMATIK , aku yang mahukan yang segala-galanya…

Astagfirullah hal azim…. ampunkan aku Ya Allah, ampuni aku Ya Allah…ampuni hambaMu ini
Siapa aku
Siapa diriku
Dari mana asalku
Kemana akhirnya diriku
Ampuni aku Ya Allah
Ampuni aku Ya Allah

Tiba-tiba aku tersedar dan terkejut bila aku merenung dan mengembara ke dalam diri
Petunjukmu di mana-mana bahawa jangan menaruh harapan kepada diri sendiri
Jangan menaruh harapan kepada manusia.
Manusia yang leka
Manusia yang lupa
Manusia yang banyak kekangan dan cacat serta cela
Manusia yang penuh dengan noda dan dosa
Sandarkan semuanya kepada Allah
Hanya kekuatan daripada Allah
Yang dapat mengatasi kekuatan cabaran dan ujian dunia

Ya Allah kami berserah diri padaMu.
PadaMu Ya Allah kami memohon
Sesungguhnya Kau Ya ALLAH yang Maha Tahu apa yang baik
dan apa yang buruk untuk kami di saat ini dan di masa hadapan.
Semuanya dariMu dan akan kembali kepadaMu.

Hanya dengan menyerahkan segalanya dalam pentadbiranMu hati ini menjadi tenang dan tenteram
Segala rasa gundah gulana dan debaran menjadi hilang dan hati berbunga rasa keinsafan dan harapan

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang,
Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, Ya Allah, hamba Mu datang menyambut Panggilan Mu.
Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu, tiada sekutu bagi Mu.
Tiada yang lengkap kecuali Dia Yang Maha Sempurna,
Tiada yang kekal kecuali Dia Yang Maha Abadi,
Tiada yang layak dipuji kecuali Dia Yang Maha Terpuji,
Tiada yang kaya melainkan Dia Yang Maha Kaya,
Tiada yang maha tahu kecuali Dia Yang Maha Berilmu,
Tiada yang bersih kecuali Dia Yang Maha Suci,
Tiada yang lebih kasih dan cinta, kecuali Dia Yang Maha Pengasih & Penyayang.
Bila tiba waktu dan ketikanya
Tidak ada sesuatupun yang dapat menghalangnya
Tidak ada seseiapa jua yg dapat menegahnya
Semua sudah digariskanNya.
Hanya ampun maaf dipinta jika ada salah dan silap serta kekhilafan
Halalkan yang termakan dan terminum
Panjang usia dan murah rezeki
Kita akan berjumpa lagi

..salam sayang di sini Sue ingin Berkongsi sedikitPeriBadi sue.sue LahiR Pada 17.07.1990 Anak SuLung/PerTama daLam  tujuh Org adik~Bradik…2 Pompuan Dan 5 Lelaki..Yang bestNye Bongsu adeLah aDik Kembar Lelaki..Nakal Tapi Tetap si Kakak Ni tetap syg pd diorang….PerNa BertuNang pada 2010 dan putus pada Thun yg sama..Selepas dari tu susah saye nak Percayakan Cinta….SemoGa Allah Akan Bukakan Pintu hati saye Buat SeSeorang…Saye suka Ramai Kawan..tak KiraLah siapa dan bagaimana paras Rupa…asal Mana..janji kawan tak makan Kawan…i dont Like…hehehe berasaL Dari KuDaT, SaBah, orgnya garang,tp garang pd adik2 jew….hehehe tak suka di tipu…hehehe memang pun semua org tak suka…baik pada org yag baik…dan akan jahat pd org yg jahat..hahaha…..sue suka mkn buah-buahan…malam pula sue tak suka mkn nasi..tak suke makan tauge..minuman kegemaran jus2 tp suam2..hahaha sbb nak diet lah katakan…adik2 bradik ade 7 org..sue anak sulung..sbb tu garang…garang bertempat jew..:) yg paling penting sue tak sue org yg talam dua muka..nak satu je..:)suka berenang…joging dan aktiviti lasak….satu benda ag…sue suka tgok bola…taknak tinggal…team sye suka chelsea…hahahhaa tu je lah..yg lain nanti2 sye bgtau..secret..:) SaLam PerKenalan Buat semua…:)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s